FUNCTION

FUNGSI

  • Menguruskan bayaran gaji dan elaun bulanan kepada staf Tetap, Pelawat, LPU, Kontrak, Kehormat, Sambilan dan tuntutan Skim Budi Bakti

  • Menguruskan potongan gaji, menyediakan laporan mengenai potongan gaji untuk dihantar kepada pihak-pihak berkenaan dan menguruskan surat-menyurat berkaitan dengan urusan gaji dan potongan

  • Menguruskan pembayaran tuntutan Elaun Lebih Masa (ELM) kepada staf

  • Menyediakan Penyata Gaji bulanan kepada staf

  • Menyediakan Penyata Saraan Tahunan dan Borang EC untuk tujuan cukai pendapatan

  • Menguruskan pembayaran elaun staf UUM yang melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara

  • Menguruskan pembayaran Award Gantian Cuti Rehat (AGCR) kepada staf yang bersara

  • Menguruskan pembayaran AGCR 90 Hari kepada staf yang masih dalam tempoh servis 

 

OBJEKTIF KUALITI

  • Gaji dan elaun bulanan dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Pekeliling Bendahari

  • Data dan laporan potongan gaji dihantar kepada agensi berkaitan dalam tempoh dua puluh satu (21) hari selepas tarikh pembayaran gaji 

  • Tuntutan Elaun Lebih Masa yang diterima sebelum 10hb diproses bersama gaji bulan semasa

  • Slip Gaji dipaparkan melalui portal staf sehari sebelum tarikh gaji 

  • Penyata Saraan Tahunan dan Borang EC dipaparkan melalui portal staf selewat-lewatnya pada 28hb Februari tahun berikutnya

  • Elaun kepada staf yang melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara diproses di dalam gaji bulan semasa selepas arahan pendaftar diterima

  • Penyata Perbelanjaan Staf Pecah Kontrak disedia dalam tempoh satu (1) bulan selepas permohonan diterima daripada Unit Undang-Undang

  • AGCR kepada staf bersara dibayar dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah arahan daripada Pendaftar dan Surat Penyelesaian Cukai diterima

  • AGCR 90 hari kepada staf yang masih dalam perkhidmatan diproses selepas menerima arahan daripada Pendaftar dan dibayar bersama gaji seterusnya