Unit Bajet

 

Fungsi

  • Menyediakan anggaran belanjawan mengurus dan pembangunan tahunan untuk kelulusan Agensi Pusat.
  • Membuat agihan peruntukan belanja mengurus untuk setiap Pusat Tanggungjawab.
  • Mengawal perbelanjaan mengikut peruntukan yang diluluskan dan memastikan segala
  • tanggungan Universiti adalah berpandukan dasar-dasar kewangan Universiti.
  • Mengurus pindahan/tambahan peruntukan apabila menerima permohonan dari Pusat Tanggungjawab.
  • Menyedia laporan pindahan peruntukan setiap suku tahun untuk kelulusan JKTK.
  • Menghantar laporan perbelanjaan mengurus setiap bulan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebelum 5 haribulan.
  • Menghantar laporan setiap suku tahun bagi Mesyuarat JPKA di Kementerian.
  • Menyedia laporan untuk edaran dan rujukan.
 

Objektif Kualiti

  • Keseluruhan perbelanjaan Universiti tidak melebihi bajet yang diluluskan iaitu varian tidak lebih dari 2%.
  • Anggaran belanjawan operasi hendaklah disediakan enam belas (16) bulan sebelum tahun belanjawan.
  • Anggaran belanjawan seterusnya hendaklah dikemukakan kepada JKTK tiga belas (13) bulan sebelum tahun belanjawan.
  • JKTK memperakukan belanjawan untuk kelulusan LPU tidak lewat dari sebelas (11) bulan dari tahun belanjawan.
  • Mendapat kelulusan LPU dan mengemukakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi tidak lewat dari empat (4) bulan sebelum akhir tahun kewangan.
  • Waran Peruntukan hendaklah dihantar kepada setiap Pusat Tanggungjawab pada hari pertama kerja tahun belanjawan.

Capaian Pantas Unit & Fungsi